SENI DAN KREATIVITI - MOZEK

Aktiviti ini dapat mencungkil dan memperkembangkan potensi murid prasekolah dalam bidang seni. Bidang seni ini juga memainkan peranan memperkembangkan sifat-sifat kreativiti dan aktif melalui persepsi visual, imagnasi dan daya pemikiran murid.

















Mozek merupakan teknik menyusun dan menampal bahan-bahan berkeping atau berketul di atas permukaan kertas secara sebelah-menyebelah dan tidak bertindih-tindih mengikut corak yang dirancang. Murid-murid diarah menyusun kacang hijau, kacang hitam dan kacang merah untuk membentuk corak dan rekaan masing-masing. Aktiviti ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain.