PRASEKOLAH SJKC MENGKARAK

























FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH


Pendidikan Prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah.




OBJEKTIF PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Pendidikan Prasekolah membolehkan murid :



a) Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik.

b) Menggunakan Bahasa Melayu dengan baik dan memperkembangkan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi.

c) Menggunakan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dengan betul untuk berkomunikasi di sekolah yang menggunakan bahasa pengantar Bahasa Cina dan Bahsa Tamil.
d) Menggunakan Bahasa Inggeris dalam interaksi seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua. 

e) Mengamalkan nilai-nilai murni dan nilai-nilai Islam bagi murid beragama Islam dalam kehidupan seharian.

f)  Mempunyai kemahiran kognitif, kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah.

g) Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial.

h) Mempunyai kecerdasan dan kemahiran fizikal serta mempratikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik.

i) Mempunyai daya kreativiti dan nilai estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya.


KARNIVAL PENDIDIKAN PRASEKOLAH


Program ini diadakan untuk mencungkil bakat dan potensi dalam pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak, memberi peluang kepada murid-murid untuk membuka sikap berani, bertanggungjawab dan berketrampilan serta menggalakkan murid-murid agar dapat berinteraksi sesama mereka. Program ini melibatkan penyertaan murid prasekolah daripada pelbagai kaum di seluruh negara. 






Karnival Pendidikan Prasekolah  Zon Mengkarak Tahun 2011

Bercerita Bahasa Cina - Xiao Tu Guai Guai ( 小兔乖乖)
Tarian Tradisional - Joget Pahang
Action Song - Five little Ducks





Karnival Pendidikan Prasekolah  Daerah Bera Tahun 2011










PROGRAM SUKANEKA TAHUN 2011


Program Sukan Prasekolah ini bertujuan untuk mengentengahkan kebolehan, bakat serta kemampuan fizikal dalam aktiviti ko-kurikulum di peringkat prasekolah bagi meningkatkan keyakinan diri murid.Selain itu, program ini melahirkan pelajar yang sihat dan cergas.


ACARA-ACARA YANG DIJALANKAN SEPERTI BERIKUT:-

i) Isikan air ke dalam botol

- Peserta menyerap air dalam besen dengan menggunakan span dan memasukkan ke dalam botol yang dibekalkan.Pemenang diadili berdasarkan jumlah air yang berjaya diisi setelah masa tamat.


ii) Masukkan pundi kacang ke dalam bakul

- Setiap peserta dibekalkan dengan 3 pundi kacang . Peserta diminta memasukkan pundi kacang satu demi satu ke dalam bakul yang dibekalkan. Pemenang ditentukan dengan jumlah pundi kacang terkumpul yang paling banyak.






iii) Menguntai Manik


- Setiap peserta akan dibekalkan dengan  biji manik. Peserta berlari menuju ke tempat longgokkan manik. Peserta diarahkan menguntai manik kemudian berlari semula ke garisan permulaan. Kumpulan yang paling awal dan lengkap akan dikira sebagai pemenang.




iv) Mencantum puzzle

-Peserta berlari dan cuba merentasi halangan yang disediakan. Peserta berlari dan menyusup melalui gelung rotan. Setiap peserta diarahkan memdankan 1 puzzle mengikut abjad. Setelah selesai memadankan puzzle, peserta berlari semula ke garisan permulaan. Kumpulan yang paling awal lengkap tiba di garisan permulaan dikira sebagai pemenang.