PEMBINAAN BANGUNAN-BONGKAH KAYU
















 
AKTIVITI 1

Tema                      : Dunia Teknologi
Tajuk                      : Pembinaan
Hasil Pembelajaran: ST 12.3.2 Mereka bentuk/ Membuat pelbagai
                                 binaan mengikut kreativiti sendiri dan memberi
                                 alasan binaannya.
Bahan                    : Set bongkah


   

Langkah Pengajaran :

1. Guru menunjukkan gambar beberapa perumahan yang menarik seperti rumah banglo, rumah pangsa, rumah teres bertingkat dan sebagainya.

2. Guru memberitahu murid objektif pelajaran hari ini adalah aktiviti membina jenis rumah yang diminati.

3. Murid dibahagikan kepada lima kumpulan kecil. Setiap kumpulan diberi satu set bongkah.

4. Murid diminta membina rumah idaman mereka dengan menggunakan bongkah dengan kreativiti sendiri. Murid boleh merujuk kepada gambar yang dibekalkan.

5. Setiap kumpulan diarah menceritakan reka bentuk hasil binaan masing-masing.